Kebenaran itu

pasti akan tertegak

kurangkanlah pilihan dalam hidup..

Posted by shinjeixi on May 23, 2009

meraih_cinta_ilahi_muka21

alhamdulillah..sehingga saat ini masih diberi peluang untuk menulis dan terus menulis. terhenti seketika menulis kerana sedang menghayati kebahagiaan yang sedang dilayari bersama suami tercinta disember lalu.

pagi ini terdetik hendak menulis setelah mendengan motivasi pagi oleh ustaz Abdulllah. sedikit peringatan ini telah disampaikan olehnya di gua Hira’. terasa seperti hendak ke sana melihat sendiri dan mendaki sendiri gua tempat Rasulullah saw menyendiri memikirkan masalah umatnya dan juga tempat pertama wahyu diturunkan. apa yang menarik yang diperkatakan oleh ustaz..KURANGKAN PILIHAN dalam hidup.

kerana apa? kerana semasa Rasulullah saw didatangi malaikat jibril, Rasulullah saw tidak dapat membaca. sehingga malaikat jibril memeluk erat Rasulullah saw sehingga baginda dapat membaca. Adakah Rasulullah saw diberi pilihan? adakah malaikat kata tidak mengapa minggu depan datang balik untuk latihan membaca ? tidak kan !!!

 

kerana apa? kerana manusia bila diberi pilihan selalunya mereka akan mengambil yang paling ringan. contohnya bila kita hendak solat terus sahaja solat, bila kita rasa hendak membaca al-Quran teruskan membaca..bila diberi pilihan manusia sering memberi alasan nantilah..lepas subuh…nantilah lepas isya’…dan sebagainya

Allah swt tidak memberi pilihan kepada Rasulullah saw untuk melaksanakan tanggungjawab memimpin umat. oleh sebab itu dalam al-Quran surah Al-insyirah ayat 7

“Maka jika kamu telah selesai (suatu urusan) kerjakanlah sungguh-sungguh (urasan lain )”

Justeru, selesai sahaja kerja kita beribadat, selesai solat kita berdoa, selesai solat fardhu solat sunat, selesai bekerja kita berpesan-pesan dengan kebaikan. begitulah seterusnya. semoga mendapat hidayah dan taufiq dalam melaksanakannya. InsyaAllah

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

PPSMI…!!!

Posted by shinjeixi on March 7, 2009

100ribu

Tanggal 9 Mac ini (12 Rabiulawal 1430), umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul. Kelahiran seterusnya kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. membawa rahmat kepada sekalian alam.

Baginda membebaskan bangsa Arab daripada fahaman dan amalan jahiliah, seterusnya mengangkat martabat mereka ke darjat paling tinggi sepanjang sejarah; sehingga dapat menewaskan dua kuasa dunia ketika itu – empayar Rom dan Parsi.

Sebagai penyuluh umat sepanjang zaman adalah penting untuk kita merujuk kepada sirah Rasulullah s.a.w. sekalipun dalam membicarakan permasalahan kotemporari membabitkan masyarakat kita – Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha pertamanya membangunkan masyarakat sebaik-baik tiba di bumi Madinah dari Makkah (Hijrah) adalah mendirikan masjid (Masjid Quba’). Masjid adalah institusi utama membangunkan masyarakat. Masjid didirikan di pusat-pusat kediaman; bukan di puncak gunung seperti didirikan biara. Ini bagi membolehkan masjid dijadikan pusat kegiatan dan pembangunan masyarakat setempat. Masjid adalah institusi yang menyamai pusat pembangunan, sekolah dan universiti seperti dikenali hari ini.

Daripada masjidlah berkembang ilmu yang pada dasarnya disampaikan dalam bahasa masyarakat setempat. Khutbah dan ilmu disampaikan dalam bahasa yang difahami majoriti penduduk. Jika kawasan itu bermajoritikan orang Arab, khutbahnya adalah dalam bahasa Arab; jika kebanyakan penduduknya orang Parsi, khutbahnya dalam bahasa Parsi.

Bahasa adalah berkaitan dengan umat itu. Orang Arab yang telah diislamkan, berkembang maju sejajar dengan kehebatan bahasanya yang diperkayakan oleh ilmu-ilmu Islam. Apabila kawasan orang Islam semakin jauh melangkaui sempadan dunia Arab, bahasa mereka semakin kaya. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menggalakkan sahabat-sahabatnya mempelajari bahasa luar seperti Parsi dan bahasa orang Rom. Dengan ini semakin berkembanglah bahasa Arab, seterusnya membawa kemajuan ilmu pengetahuan paling hebat pernah diketahui.

Kehebatan orang Arab Islam adalah kerana ilmunya dalam bahasa Arab. Sekalipun Rasulullah s.a.w. menggalakkan sahabat mempelajari bahasa asing, kemajuan ilmu orang Islam tidak terletak pada bahasa asing seperti bahasa orang Rom. Orang Parsi pun selepas menerima Islam, memaju dan menghebatkan bahasa mereka sehingga bahasa Parsi mempunyai saham dalam memperkayakan khazanah ilmu dunia Islam.

Selain fakor keislaman mereka, orang Arab menjadi hebat apabila bahasa Arab hebat; orang Parsi hebat dalam bahasa Parsinya, tamadun Cina hebat dalam bahasa Cinanya; orang Inggeris hebat dalam bahasa Inggerisnya; tup tup orang Melayu atau Malaysia mahu dijadikan bangsa hebat dalam bahasa Inggeris melalui PPSMI.

Ini betul-betul kerja ‘gila’ atau ‘golongan celaka’ (diungkapkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang) dan ‘bangang’ oleh Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Dato’ Dr Hassan Ahmad.

Apa yang kita khuatiri pengerak PPSMI adalah tinggalan saki baki penjajah yang bersarang di kalangan golongan elit dan feudal negara. Seperti dijelaskan, ilmu (seperti khutbah dan tazkirah di masjid) perlu disampaikan dalam bahasa difahami masyarakat setempat. Ilmu perlu menyeluruh, boleh diakses seluruh anggota masyarakat tanpa sempadan bikinan seperti bahasa, kuasa, keturunan kedudukan dan pangkat.

Mengenai kelemahan bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris dalam membicarakan bidang sains dan teknologi yang menjadi sandaran sesetengah pihak untuk menolak penggunaan bahasa Melayu, pihak berkenaan sudah jelas ‘golongan celaka’ kerana jika orang Melayu/Islam tidak memajukan bahasa ini, mereka mengharapkan siapa sebenarnya? Bukankah Rasulullah s.a.w. meminta sahabatnya belajar bahasa asing seterusnya menyampaikan ilmu diperolehi kepada anggota masyarakat, tujuannya untuk dimanfaatkan orang Islam seluruhnya, bukan memberi manfaat kepada segelintir pihak untuk mengeksploitasi rakyat!

Lanh14.blogspot.com

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

tip elak histeria : di sekolah!

Posted by shinjeixi on March 7, 2009

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit

Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.

Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku ‘breakdown’ pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

“Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus,” katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

“Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan ‘mereka’ hingga mereka datang ‘membalas’ pula.

“Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara,” kata pengamal perubatan Islam itu.

‘Pindahkan’ makhluk halus ke kawasan lain Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan ‘mereka’ atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.

“Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun ‘memindahkan’ makhluk tersebut ke kawasan yang lain,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut katanya berbunyi begini: “Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka.”

Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Jangan tinggal solat

“Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan ‘penunggu’ di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya,” katanya.

harun20din7Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.

Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.

“Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya – azm

(Interbiu dengan Dato’ Haron Din berhubung kes histeria ini dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam)

(Sekiranya ada sebarang kritikan dan pandangan, sila majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

hukum menyambut hari kebesaran Islam

Posted by shinjeixi on March 7, 2009

الاحتفال بمولد النبي والمناسبات الإسلامية موقع القرضاوي

/1-3-2009

 من فتاوى العلامة الشيخ يوسف القرضاوي السؤال: ما حكم الاحتفال بذكرى مولد النبي الأكرم صلى الله عليه وسلم وغيره من المناسبات الإسلامية مثل مقدم العام الهجري وذكرى الإسراء والمعراج؟

 الإجابة: بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد … هناك من المسلمين من يعتبرون أي احتفاء أو أي اهتمام أو أي حديث بالذكريات الإسلامية، أو بالهجرة النبوية، أو بالإسراء والمعراج، أو بمولد الرسول صلى الله عليه وسلم، أو بغزوة بدر الكبرى، أو بفتح مكة، أو بأي حدث من أحداث سيرة محمد صلى الله عليه وسلم، أو أي حديث عن هذه الموضوعات يعتبرونه بدعة في الدين، وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار، وهذا ليس بصحيح على إطلاقه، إنما الذي ننكره في هذه الأشياء الاحتفالات التي تخالطها المنكرات، وتخالطها مخالفات شرعية وأشياء ما أنزل الله بها من سلطان، كما يحدث في بعض البلاد في المولد النبوي وفي الموالد التي يقيمونها للأولياء والصالحين، ولكن إذا انتهزنا هذه الفرصة للتذكير بسيرة رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبشخصية هذا النبي العظيم، وبرسالته العامة الخالدة التي جعلها الله رحمة للعالمين، فأي بدعة في هذا وأية ضلالة ؟! إننا حينما نتحدث عن هذه الأحداث نذكر الناس بنعمة عظيمة، والتذكير بالنعم مشروع ومحمود ومطلوب، والله تعالى أمرنا بذلك في كتابه (يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحاً وجنوداً لم تروها وكان الله بما تعملون بصيرًا، إذ جاءوكم من فوقكم ومن أسفل منكم وإذ زاغت الأبصار وبلغت القلوب الحناجر وتظنون بالله الظنونا)، يذكر بغزوة الخندق أو غزوة الأحزاب حينما غزت قريش وغطفان وأحابيشهما النبي عليه الصلاة والسلام والمسلمين في عقر دارهم، وأحاطوا بالمدينة إحاطة السوار بالمعصم، وأرادوا إبادة خضراء المسلمين واستئصال شأفتهم، وأنقذهم الله من هذه الورطة، وأرسل عليهم ريحاً وجنوداً لم يرها الناس من الملائكة ، يذكرهم الله بهذا، اذكروا لا تنسوا هذه الأشياء، معناها أنه يجب علينا أن نذكر هذه النعم ولا ننساها، وفي آية أخرى (يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ هم قوم أن يبسطوا إليكم أيديهم فكف أيدهم عنكم واتقوا الله وعلى الله فليتوكل المؤمنون) يذكرهم بما كان يهود بني قينقاع قد عزموا عليه أن يغتالوا رسول الله صلى الله عليه وسلم ومكروا مكرهم وكادوا كيدهم وكان مكر الله أقوى منهم وأسرع، (ويمكرون ويمكر الله والله خير الماكرين). ذكر النعمة مطلوب إذن، نتذكر نعم الله في هذا، ونذكر المسلمين بهذه الأحداث وما فيها من عبر وما يستخلص منها من دروس، أيعاب هذا ؟! أيكون هذا بدعة وضلالة؟! والله أعلم

dipetik daripada web : Dr Yusuf Al-Qaradawi..

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

didiklah Hati-hati kita

Posted by shinjeixi on March 7, 2009

tempoh yang terasa begitu singkat sekali bagi diri yang kerdil ini. terasa bermacam perubahan berlaku tanpa disedari. perubahan masa, umur, status, tempat, rupa paras, minat, hobi…apa ya..yang satu ini perubahan yang sangat sangat perlu supaya lebih baik…ya IMAN..meningkatkah?menurunkah? atau sama sahaja dulu kini dan selamannya?…tepuk dada tanya iman…

pembentukan iman yang tinggi memerlukan satu proses pendidikan yang berterusan. bukan memerlukan tempoh tertentu..kecuali sehingga tiba saat yang sebenar iaitu MATI. pendidikan yang bagaimana? pendidikan hati dengan ilmu agama dan akhlak. HATI sukar sekali membicarakan hal ini, kerana hati ini umpama raja dalam diri. apabila rosak hati ini maka rosaklah diri.

Hati bukan sahaja perlu didik..malah mendidik pun perlu dengan hati yang suci kemudian baru lah orang yang dididik terhasil dengan didikan yang baik. teringat pada hasil tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ..katanya..jika kita hendakkan kesan yang mendalam terhadap orang yang didik maka diri pendidik perlu ada sifat murabbi yang sebenar-benarnya..terkesan dengan kata-kata ini..maksudnya mudah..jika seorang guru mengajar dalam keadaan tidak ikhlas maka murid akan menerima ilmu yg tidak ikhlas..

sungaidua

maka..dalam keadaan ini keberkatan dalam pengajian itu tidak ada. seolah-olah satu kerja yang sia-sia. justeri mari kita sama-sama mendidik hati secara berterusan dengan didikan yang telah ada dalam Al-Quran dan hadis sebagai panduan.

Allah SWT menyatakan yang bermaksud: Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah: 155 – 157)

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Seruan Cinta Terzahir Di Mata

Posted by shinjeixi on March 6, 2009

Mata penulis tajam memerhatikan dengan penuh pengamatan bangunan peninggalan sejarah itu dengan mata berkaca-kaca.Boleh dikatakan setiap hari penulis akan mendatangi satu corok laluan berpagi-pagian untuk mencari mutiara-mutiara berharga di persisiran mahligai terunggul di rantau ini.Semenjak berpindah ke rumah baru,penulis tidak lagi perlu bersusah payah memerah keringat menunggu,berhempit-hempit,dan berpanasan di dalam bas kerana jarak dari rumah ke universiti hanya mengambil masa 10 minit perjalanan.Kalau hendak diikutkan mungkin ada sahaja mereka yang pantas memberi alasan;
“Masih jauh tu”

“Ala naik bas bukannya mahal sangat pun,dengan mata wang mesir ni”

“Tidak mengapalah,enta jalanlah dulu ana ikut dari belakang”

Namun keindahan setiap jalanan di angkasa lukisan arca bagunannya tidak tumpah seperti sebuah kota lama yang masih segar,kaki memancu gagah melangkah ke hadapan,saban hari setiap waktu dan ketika laluan ini,bumi kota lama ini tidak pernah sirna dari derapan bunyian ribuan kaki melangkah,berlari-lari anak,dan hentakkan kuat deruman enjin tua.Suara-suara dari segala sesuatu meruak-ruak dalam gelombang besar dan tersuling ke liang-liang bisikan setiap yang melaluinya.Kali ini,penulis merasakan ada sedikit kelainan yang bermain di jiwa,seakan-akan telah mengajak penulis mengukir bait sebagai pahatan kenangan di setiap dinding bangunan unik itu.Penulis hampir tertewas pada lamunan kecil iblis bermain hebat di pancaindera,seolah-olah berada pada kurun tapak bangunan ini ditegakkan;

“Eerm,mungkin sudah hampir ratusan tahun”Bibit hati penulis sambil cuba mencari kepastian kalau ada catatan usang yang bertarikh pada deretan bangunan ini.

“Kenapa kali ini hati aku tertewas pada polimikan seni bina bangunan?”

“Apakah sebelum ini aku tidak pernah melalui dicelah-celah batu-batu yang berkotak lebih indah dan lebih canggih dari ini?” Penulis terkesima hebat sambil mata bagaikan melekat kuat pada batu-batu tersusun rapi itu.

Lamunan hati penulis mati seketika dek terdengar dari dekat laungan azan muazin berteriak lantang.Hati penulis tergerak untuk mencari kebenaran disebalik tilikan tidak bertauliah sebentar tadi,mana tahu mungkin ada siapa-siapa yang lebih tahu tentang sejarah bangunan dan tembok besar yang masih tersisa di luar sana.Kaki penulis bergerak terancang seiring rabaan mata menguyu mencari dari mana arah azan itu berkumandang.Sambil berjalan telinga penulis menangkap kemas suara-suara bel dan paduan nada malakut terkadang-kadang mencair jauh.Penulis menyaksikan pertengkaran di sebelah tempat penulis mengelamun sendu tadi,dua perempuan saling melayan ke arah masing-masing dan seketika mereka ditarik untuk dilepaskan,pakaian rumahan mereka bertebangan terlepas ke udara seperti bulu-bulu yang sangat besar.

Penulis terpesona sekejap dengan adegan-adegan yang tidak berbayar itu,boleh dikatakan sudah menjadi rutin harian orang-orang arab akan berirama keras sesama hanya kerana masalah kecil.Kaki terus memandu tubuh yang semakin mengurus,tiba-tiba mendekat suara serak-serak basah yang muncul dari antah berantah,tapi yang pasti suara itu bukan roh yang tersesat;

“Anak mahu ke mana?”Suara seorang tua arab bertongkat bergerak laju sedikit daripada penulis.

“Pak cik apa khabar?”Wajah penulis menjadi rembulan menatap kasih padanya.

“Saya mahu mencari arah suara azan tadi berkumandang”Jawab penulis tersimpul manis di bibir.

“Pak cik tahu,di mana masjid tu?”Penulis terasa agak malu sedikit,masakan hal sekecil itu tidak bisa diselesaikan.

“Mari nak pak cik tunjukan”

“Pak cik pun mahu ke sana juga”Sambil memegang lembut tangan penulis memimpin ke arah suatu bagunan tersorok kecil dari pandangan.

“Patutlah tak jumpa,di sebalik bangunan rupanya”Penulis membiarkan tangan terus disuluh oleh orang tua arab itu,sambil tersenyum malu.

Baru penulis mengerti bahawa sebuah cinta suci itu,tidak semestinya perlu disaksikan dengan suara yang keluar semata-mata,cinta yang indah tidak perlu mencari sesat,cinta yang bersulam secangkir iman tidak perlu meminta berharap,dan cinta itu tidak perlu dibayar dengan material yang terpancak.Cinta sebenar hanya perlu sedikit pengorbanan dan pengertian disebalik tembok kukuh yang pernah dibina oleh Nabi Adam a.s dan Nabi Yusof a.s suatu ketika dahulu bersama pasangan masing-masing.Rasa kagum pada lukisan ukiran bangunan dan keseniannya juga merupakan cabang-cabang cinta yang lahir secara ikhlas sepersis mawar berduri petanda kasih yang masih belum termiliki.Inilah kejujuran yang pasti,tanpa perlu mencari,dan meraba-raba senuansa ciptaannya oleh Tuhan Maha Mengerti akan keperluan sekalian hamba-Nya.

dicopy dari :

www.usrahwave.com/site

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

memberi itu satu kejayaan

Posted by shinjeixi on November 7, 2008

hari ini buat kali kedua penulis menghadiri majlis restu ilmu untuk murid-murid. dulu PMR kali ini SPM. sungguh berbeza..tetapi perbezaan itu satu anugerah yang tidak ternilai. kali ini murid yang lebih besar. yang mana selepas ini mereka akan menghadapi sebuah kehidupan yang lebih mencabar. persediaan perlu ada khususnya untuk SPM. bak kata guru kelas 5 wawasan “semua orang pasti akan berjaya cuma tempohnya mengikut tahap seseorang..ada yang perlukan 5 tahun untuk berjaya dan ada yang perlukan 10 tahun” berbeza..itulah yang difikirkan. artikel yang sebelum ini “kesilapan itu satu fitrah “ sila baca.

kejayaan seseorang adalah apabila dia berjaya menjadi kunci kepada orang lain. iaitu memberi manfaat kepada orang lain. apapun yang bermanfaat. banyak perkara yang boleh diambil iktibar dari kehidupan seharian. banyak perkara yang dipelajari dengan apa yang Allah swt ciptakan. benarlah ayat dalam al-Quran al-Karim .. Allah swt jadikan apa sahaja di dunia ini supaya kita semua manusia BERFIKIR …

cover_

semoga kejayaan milik kalian buat semua calon SPM 2008. termasuk adik penulis Ahmad Zaid Zaki Ma’an Najal Fil imtihan kabir.. ud’uka bitaufiq wanNajah insyaAllah. Selalu diperingatkan kehidupan dunia adalah mainan dan senda gurau. ambil lah dunia untuk kehidupan di akhirat kelak. kejayaan sebenar bukan pada sijil kejayaan sebenar adalah apabila kita berjaya hidup bahagia di sana kelak.

All the best untuk semua anak-anak murid pendidikan Islam :

sumanti,pipisilawanti,noreimi,endy,azlan,maslan,masrol,hazuan,hamka,arwina,khairunnisa,

nizam,eimi,sairor,sopian,ku khuzaimi,munirah,dayang,sulaiman,zain,

untuk anak murid di SMK Dato Mustafa : saifullah, naim, junaidi dan lain All the best

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

beza itu anugerah

Posted by shinjeixi on November 4, 2008

baru-baru ini majlis anugerah sekolah berlangsung dengan jayanya. lancar dan penuh dengan ketenanangan. pemerhatian penulis kepada gerak kerja setiap petugas yang terdiri daripada guru-guru yang sangat komited dengan tugas masing-masing. pelbagai kemahiran yang ada .. memasak..mempengerusikan majlis..teknikal…fotografi..susun atur..membuat backdrop pentas..protokol majlis..membuat buku cenderahati..bahagian persembahan..memberi arahan..semuanya terdapat pada orang-orang yang berbeza. sememangnya perbezaan itu satu anugerah yang tidak ternilai yang perlu difahami oleh setiap orang. bukan sahaja perlu difahami juga perlu disyukuri…

firman Allah dalam surah Al-Hujurat ( akan di search kemudian )

perbezaan ini membawa sebuah organisasi tidak kira besar atau kecil menjadi lengkap dan mantap dan bergerak maju kehadapan. perbezaan yang wujud juga perlu diamati, dihayati dan digunakan kena pada tempatnya. ini kerana perbezaan juga boleh membawa kepada perpecahan.

dsc_0066_

tahniah kepada semua. kemahiran amat dihargai dan berilah khidmat sepenuh hati supaya Allah swt kurniakan lebih banyak lagi kemahiran untuk terus berbakti di jalanNYA. insyaAllah

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

dalam diLema…

Posted by shinjeixi on October 26, 2008

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

menelusuri jalan yang berliku

Posted by shinjeixi on October 26, 2008

sempat jugak aktiviti mingguan berjalan-jalan ke sekitar batu niah dan kawasan yang sewaktu dengannya. antara tempat yang sempat diziarah sekolah kebangsaan sungai Manong

Mungkin ada sebab kenapa dinamakan sungai Manong…mungkin kerana ini

ini lah jalan altenatif yang paling cepat untuk ke sekolah. walaupun ada jalan lain. murid-murid yang sudah biasa sememangnya boleh berlari di atas titi ini. nasib baik dikurniakan kekuatan untuk berjalan dengan baik sepanjang titi ini. air deras mungkin lepas hujan.

mungkin di semenanjung kebanyakan tidaklah terdapat lagi sekolah yang masih kayu..tetapi adalah satu pemandangan biasa di Sarawak ini. SK Sg Manong mengambil masa lebih kurang 30 minit dari SMK Subis batu Niah. kebetulan menziarahi salah seorang kenalan di sini…sempat juga singgah di rumah guru-guru dan pekerja di sini

inilah dia sebahagian kuarters yang ada masih kukuh dan selamat didiami..teruskan mendidik!

Posted in Uncategorized | 1 Comment »