Berdoalah untuk semua!
Posted by shinjeixi on October 23, 2007
Setiap orang mempunyai hajat masing-masing yang tidak terkira banyaknya. Terlalu banyak perkara yang kita inginkan dalam dunia ini. Namun, kadang-kadang kita terlupa bahawa hidup di dunia ini tidak semua hajat itu menjadi kenyataan dalam sekelip mata.
Terkadang, apa yang kita inginkan, orang lain terlebih dahulu mendapatnya..oleh sebab itu perlu ada kekuatan dan keyakinan dalam hati agar terus berusaha. Tidak lupa juga sentiasa berdoa untuk diri dan orang lain.
Tabiat doa mendoakan sesama manusia memang sangat digalakkan. Apapun Mari kita teliti sabda Nabi saw : “Barangsiapa yang mahu mendoakan saudaranya yang sedang tidak ada, maka malaikat yang mewakilinya akan berkata, ‘Amin’ Semoga kamu juga seperti itu” (riwayat Muslim)
Sebenarnya cukup-cukup beruntung bagi orang-orang yang doanya diaminkan oleh malaikat. Sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk apa yang kita harapkan. oleh itu beringat lah kita tatkala kita berdoa…berdoalah untuk semua

shinjeixi said
doa itu senjata