Kebenaran itu

pasti akan tertegak

Archive for November 1st, 2007

berhakkah kita untuk MARAH!

Posted by shinjeixi on November 1, 2007

marah.jpg 

Ingatlah sabda Nabi saw :

“Tidak ada satu penagguhan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seorang. mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah niscaya Allah akan penuhkan batinnya dengan keimanan”

boleh dirujuk dalam buku rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah (fathi yakan)

menahan kemarahan adalah salah satu latihan yang paling mencabar dalam kehidupan. ini kerana setiap yang berlaku disekeliling kita sekarang ini banyak mengundang kemarahan yang tidak terhingga. bukan bermaksud perlu menahan kemarahan ini sampai bila-bila tetapi cara kita melepaskan kemarahan itu yang sangat diambil kira!

Ini kerana seseorang itu dinilai banyak dari segi akhlak dan budi pekertinya. lihat sahaja cara untuk memilih calon pilihan hati mesti mengambil kira faktor kesopanan. tetapi pelik juga zaman sekarang ini ramai yang memilih kerana rupa.ingatlah ! manusia itu bukan sentiasa kekal dengan paras rupanya kerana muda kemudian tua dan seterusnya. Nabi saw menjelaskan :

“Sesungguhnya seseorang hamba Allah itu dengan akhlaknya yang baik boleh mencapai darjat yang paling agung di akhirat dan mencapai darjat yang paling mulia meskipun lemah dari segi ibadat. dan sesungguhnya seseorag hamba Allah itu dengan keburukan akhlaknya boleh menjunam ke dasar neraka yang paling bawah”hadith riwayat At-Tabrani

Dalam menghadapi manusia yang sering menyakiti hati disebabkan kelebihan yang kita perolehi sering membuatkan kita marah seterusnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. sedangkan telah digariskan dalam buku yang telah disebutkan di atas bagaimana yang untuk menghadapi orang yang mempunyai hasad dengki ini. perasaan marah ini mesti diubati dengan sifat sabar dan memperbanyakkan solat maksudnya berdoa. cara untuk membalas orang seperti ini perlulah dengan akhlak seorang Mu’min.

Sukar sebenarnya bagi orang yang mengalami. tetapi itu lah kehidupan yang pastinya akan dilalui oleh seorang Da’ie atau orang yang ingin mengajak kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran. Apabila berlaku keadaan sebegini perlu diingat bahawa adakah marah itu menyelesaikan atau menjunamkan kita kepada tempat yang paling bawah.tetapi amat mudah bagi orang yang berfikir kehidupan dunia adalah saham untuk mendapat kemuliaan di Akhirat. sama-sama usaha ke arah itu.

Posted in tazkirah | 2 Comments »

keadilan ukurannya unik

Posted by shinjeixi on November 1, 2007

Adil dari segi bahasa adalah menegakkan satu benda ditempat yang betul dan haq.tetapi hingga ke hari ini pengertian itu sukar diaplikasikan dalam fikiran manusia. manusia yang sering mengatakan kepada dirinya ini tidak adil kerana sesuatu yang terjadi tidak mengikut kehendaknya.masih ramai yang ingin menuntut hak itu hak ini yang kononnya tidak adil pada pandangan mereka. Ya! itu suatu perkara yang bagus dalam sesuatu keadaan yang mana hak yang sepatutnya tidak diletakkan ditempatnya.

kebanyakan mereka hari ini memahami bahawa keadilan itu mestilah terjadi sama kepada semua orang. kalau bagi budak-budak kecil jika abang dapat 1/2 maka dia mesti dapat 1/2 juga. itu makna adil bagi kebanyakan budak-budak yang tidak mengerti apa itu keadilan.

ini kerana keadilan mempunyai makna yang cukup mendalam. keadilan bagi kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak yang ramai, keadilan bagi lelaki dan wanita, keadilan bagi seorang guru terhadap anak muridnya yang ramai, keadilan bagi seorang pemimpin terhadap rakyatnya yang berbilang kaum, dan sebagainya. keadilan ini bukan boleh diukur seperti apa yang dikatakan oleh pemikiran budak-budak tadi tetapi perlu mengambil kira situasi dan keutamaan. oleh sebab itu keadilan itu bukan diukur setakat jumlah, bilangan, bahagian yang kita perolehi tetapi ukuran nya sangat unik.

Posted in tazkirah | Leave a Comment »