Kebenaran itu

pasti akan tertegak

Archive for November 25th, 2007

mendidik dengan iringan Doa

Posted by shinjeixi on November 25, 2007

“Bila kamu mohon sesuatu kepada Allah swt, maka mohonlah dengan penuh keyakinan bahawa doamu akan terkabul, Allah tidak akan memakbulkan doa orang yang hatinya lalai dan lemah”

selalu manusia ingin sesuatu yang dimintanya tertunai dalam sekelip mata. tanpa perlu usaha yang lebih. ada juga manusia yang telah berusaha berusaha dan terus berusaha tetapi masih tidak memperoleh apa yang diminta. oleh itu cuba kita teliti perkara di atas. walau apa pun keadaan kita selagi kita masih seorang manusia seorang hamba mesti tidak boleh lari daripada berdoa kepada Allah sebanyak-banyaknya. janganlah kita menjadi orang yang sombong sehingga merasakan diri sudah cukup berdoa.

kerana manusia ini selalu nya lalai lupa dan alpa dengan apa yang ada disekeliling. kadang-kadang kita ini hanya berdoa dan apabila permintaan sudah tertunai kita lupa kembali. kemudian kita berdoa lagi dengan harapan permintaan kita ditunaikan lagi. perlu diingat Allah itu Maha Berkuasa. Dia berhak menguji mana-mana hambanya dengan nikmat dan ujian yang diberikan. oleh itu cubalah kita mendidik diri, hati, dan segala yang berada di sekeliling kita dengan DOA

kerana Doa itu adalah senjata. senjata bagi orang yang sentiasa berdoa berdoa dan berdoa. bukan bagi orang yang hati nya sentiasa lalai dan lemah

 Semesta Bertasbih-IRHAMNA (opick)


Tinggi menggunung dosa-dosaku
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lelah
Segala salah adalah milik kita
Segala puji hanya bagiMu
Lautan ampunan kasih sayangMu

Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
Hanya padaMu hati ini berharap
Irhamna ya Alloh ya Rohman ya Rohim 4x

Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami
Ampun aaaa
Ampun aaaa

Langkah yang rapuh jiwa yang lelah
Segala salah adalah milik kita
Irhamna ya alloh ya rohman ya rohim 4x

(Irhamna ya Alloh ya Rohman ya Rohim)
Ya Alloh ya Rohman ya Alloh ya Rohim
Ya Alloh
(diulang 2x)

opick1.jpg

Posted in tazkirah | 1 Comment »