Sempena menyambut Mawlidur Rasul pada tahun ini, buku ini adalah hadiah untuk umat Islam yang memahami bahasa malaysia. Amat wajar untuk kita mengingati dan kembali memahami akan ibadat yang cukup istimewa buat ummat Muhammad s.a.w iaitu solat.
Archive for March, 2008
mari kita beramal dengan ilmu
Posted by shinjeixi on March 28, 2008
Posted in iklan | Leave a Comment »
bukan kalah tapi tidak menang
Posted by shinjeixi on March 27, 2008
siapa yang suka dengan kekalahan. tetapi terkadang kekalahan itu ada kebaikannya. tapi masih ramai yang tidak mengerti maksud tersirat disebalik kekalahan zahir. kenapa mesti kekalahan zahir? kenapa tidak kekalahan zahir dan batin? pelbagai persoalan menyerbu kotak fikiran…
putus asa bila terima kekalahan adalah pengecut. bukan begitu cara kita menerima kekalahan. tetapi dengan cara menganggap kekalahan itu adalah peluang untuk menang seterusnya memperbaiki diri. kenapa kita kalah? kerana bukan tiba masanya lagi untuk menang. beri peluang kepada orang lain dahulu mengecap kejayaan, ya suatu yang sungguh beradab.
perkara-perkara positif yang sepatutnya berlegar diruang fikiran tatkala kita menerima kekalahan zahir. antaranya :
1 belum cukup mahir 2 kekuatan dalaman ( hubungan dengan ALLAH ) 3 sifat takabbur
4 terlalu yakin 5 usaha belum mantap 6 beri peluang orang lain berjaya
7 tingkatkan keyakinan 8 tidak bergantung pada manusia 9 motivasi diri
10 dan banyak lagi benda positif yang boleh difikirkan untuk menjadi seorang yang berjaya setelah menerima kekalahan zahir…ini lah orang yang hanya kalah pada zahir tetapi juga merupakan seorang yang menang kerana kekuatan dalaman yang kuat

sentiasa redha dengan ketentuan dan tidak menyalahkan orang lain. terpancar ketenangan diwajahnya walau apa jua yang berlaku dan dugaan yang menimpa.
Posted in tazkirah | 3 Comments »
