“mak, kawan kat tempat kerja tu muda lagi dah ada anak sorang, tapi dia terpaksa tinggalkan kerja tuk ikut suami dan jadi guru ganti, yang bestnya gaji tinggi walaupun jadi gstt sebab ikut rate semenanjung”
“masing-masing ada habuan dia, dulu masa mak lepas SPM kawan-kawan mak semua ambik STPM tapi mak pilih diploma, dan semua kawan-kawan mak terus sambung degree dan kerja yang mantop-mantop, tapi mak masih guru biasa, cuma ada beza jugak mak kawin awal ada 10 orang anak lagi, masih ada kawan-kawan mak yang solo lagi, masing-masing kejar kerja dan gaji”
“betul jugak mak, kalau semua batch mak sambung degree, siapa yang akan amik diploma ?? “
“sebab tu ada orang yang akan jadi tukang kebun, tukang masak, guru , pengetua, guru besar….jadi semua orang kita kena hormat..sekali pun dia tukang jahit kasut di tepi jalan , sebab dia berusaha sekadar kemampuan dia..”
“kalau macam tu mak, xdalah istilah silap buat keputusan ?”
“ya memang betul , cuma Allah kurniakan akal yang sangat tinggi nilai nya FIKIRlah dan berusahalah..cuba kamu bayangkan perjalanan di atas jalan raya…ada 4 kereta yang hendak pergi ke Kuala Lumpur…semuanya atas tujuan yang sama..tapi ada yang bawa perlahan ada yan bawa laju, tidak semestinya yang bawa laju tu akan sampai dulu…dan tidak semestinya yang bawa perlahan akan sampai lewat…yang pasti dalam perjalanan macam-macam boleh terjadi….sesat, kereta rosak dan sebagainya… macam tu juga kehidupan…jika kita silap membuat keputusan mungkin perjalanan kita akan lewat sedikit atau kadang-kadang lebih cepat…yang penting mesti teruskan perancangan dan usaha..sebab tu kadang-kadang terjadi kawan-kawan mak yang amik degree pun belum dapat kerja tetap mungkin kos yang dia ambil tidak tepat..tapi bukan beerti dia tidak boleh terus berjaya mungkin kena berusaha lebih gigih…”
“jadi sekarang fahamlah…kalau semua orang yang amik degree dapat kerja habislah dunia..mesti ada orang yang kurang berjaya supaya akan ada orang yang amik iktibar”
“tidak akan ceria dunia ni jika tidak pelbagai”
manusia sentiasa membuat kesilapan samaada perkara yang besar atau kecil. tetapi ingat lah ALLAH MAHA PENGAMPUN. bertaubatlah bagi yang telah terlanjur melakukan banyak kesilapan. percayalah masih punya ruang dan peluang untuk setiap hambanya kembali ke jalan yang benar sebelum tiba saatnya tertutup segala ruang dan peluang itu iaitu sebelum MATI
setiap kesilapan yang manusia lakukan hanya akan melambatkan proses untuk cemerlang dalam hidup tetapi tidak bermakna kita tidak boleh kembali…contohnya..jika kita tersilap mengambil kursus yang tidak diminati atau dipaksa bukan beerti kita tidak boleh berjaya…cuma masa yang diambil akan lebih panjang daripada orang lain yang memang mempunyai perancangan yang rapi. kita lihat saja satu contoh Ibnu Sina mula belajar dalam ilmu kedoktoran sewaktu umur 40 tahun pun boleh menjadi pakar dalam perubatan.
Jadi, apalagi yang kita semua tunggu….bangunlah wahai orang-orang yang telah tersilap..ingat lah bahawa kesilapan pada manusia adalah suatu fitrah. ia hanya boleh dikurangkan sekiranya kita berhati-hati..
“sesuungguhnya manusia tidak akan sunyi daripada kesilapan dan kealpaan”
kembali lah jika tersilap, walau dalam keadaan apapun kita, walau sejauh manapun kesesatan yang telah kita tempuhi…kerana ALLAH Maha Pengampun
