Kebenaran itu

pasti akan tertegak

Archive for July, 2008

Pemain Bola Sepak Muslimah yang Bertudung

Posted by shinjeixi on July 12, 2008

Zainab al-Khatib, muslimah Denmark ini, adalah satu-satunya pemain bolasepak kebangsaan perempuan bertudung ketika ini. Kehadirannya seperti janggal di tengah-tengah suasana pelecehan terhadap Rasulullah Saw oleh sejumlah media masa Denmark. 

Zainab baru-baru ini terpilih untuk memperkuat pasukan kebangsaan Denmark sebagai kebelasan utama bolasepak perempuan Denmark, setelah Danish Football Association (DBU) membenarkan Zainab memakai tudung semasa bermain bola. Sebenarnya kebenaran itu tidak hanya boleh dilakukan di Denmark, tapi juga untuk seluruh dunia, jika Zainab terpaksa bermain di luar negara Denmark.

 

mempunyai kemahiran menguasai bola dan mencetak gol-gol yang mengagumkan. Tak hairanlah kalau gadis bertudung itu kini menjadi perhatian utama para peminat bola di Denmark. “Saya sangat gembira saya boleh menjadi teladan di Denmark, ” kata Zainab yang memulakan karir bolasepaknya tiga tahun yang lalu.Ia berhasil mencetak gol dan membawa kemenangan gemilang bagi skuadnya semasa pertemuan dengan Swedan tidak lama dulu. “Zainab memiliki kepribadian yang kuat, sikapnya selalu positif dan memberikan inspirasi baik di dalam maupun diluar padang, ” kata pelatih Zainab, Troel Mansa.”Dia adalah salah satu pemain terbaik saya. Saya suka menjadi pelatihnya, ” puji Mansa.Zainab yang masih berusia 15 tahun itu, kini menempatkan dirinya diposisi sebagai penyerang dalam teamnya. Ia baru mengenakan jilbab setahun yang lalu. Ibulah yang membantu Zainab mereka tudung yang sesuai dipakai untuk bermain bola.“Dia memang seorang Muslim yang taat, dan kami layak membantunya untuk mencapai impiannya dalam bidang sukan. Saya bangga, Zainab boleh membuktikan bahwa mengenakan tudung bukan bererti ia kehilangan haknya untuk berjaya dalam bidang sukan, ” kata Ibrahim al-Khatib, ayah Zainab.

Pelatih Zainab, Manas juga mengatakan bahwa tudung Zainab tidak pernah menjadi bebanan atau masalah utama. “Kami hanya minat pada bakat dan kepribadiannya. Saya tidak pernah mendengar ada pemain atau pelatih yang merunggut tentang masalah tudungnya, ” kata Manas lagi.

Zainab mengakui bahwa kawan-kawan satu teamnya sangat memberikan sokongan padanya. “Mereka menerima saya, dan saya tidak mengalami pemulauan apapun. Semasa team kami melawan team Swedian, beberapa pemain tercengang melihat tudung saya, tapi tak satupun yang menyatakan bantahan, ” kata Zainab.

Zainab menganggap masalah tudung seharusnya tidak perlu ditonjolkan.”Saya merasa selesa, boleh memenuhi kewajiban agama dan hobi saya, ” sambungnya.

Menurutnya, ia ingin menunjukkan bahwa warga Muslim Denmark ingin bergaul dengan seluruh lapisan masyarakat. “Saya melihat diri saya sendiri sebagai seorang Muslim Denmark yang secara efektif memberikan sumbangan kepada masyarakat dan bangga kerana boleh menjadi wakil negara ini di luar negera, ” ujur gadis keturunan Palestin yang juga aktif dalam pertubuhan sosial Islam di kotanya, Odense dan bercita-cita jadi doktor.

Ulasan sampingan:
Zainab bertuah kerana dibenarkan memakai tudung di dalam bidang sukan yang digemarinya. Tetapi beberapa muslimah bertudung tidak bernasib baik seperti Zainab. Antaranya, pada Mac 2007, International Football Association Board (IFAB) menyatakan tudung dilarang dalam permainan bola, setelah seorang muslimah bertudung Kanada dikeluarkan dari team bolanya. Kemudian, pada Januari 2008, seorang muslimah menengah di AS yang juga atlet lumba lari, dikeluarkan dari pasukannya juga karana memakai tudung. Pada November 2007, seorang anak perempuan berusia 11 tahun, dilarang menyertai pertandingan sukan kebangsaan Yudo di Kanada, karana ia mengenakan tudung. (ln/iol)

Semoga Zainab al-Khatib dapat membuktikan kepada dunia, tudung bukan penghalang kemajuan dan kejayaan di dunia…

 
 
 

Sebelum Zainab al-Khatib juga kita juga dapat melihat pelari pecut perempuan Ruqayya juga memakai tudung..sedikit pesanan kepada muslimah-muslimah di luar sana, sayangilah maruah anda tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain kapan. Tunggu apa lagi Atlet-Atlet dunia telah mula menutup aurat, adakah kita yang bukan atlet ini tidak mahu menjadi seperti mereka yang akan bahagian di akhirat sana kerana menjaga aurat mereka. fikirkan wahai para muslimah yang dikasihi !!!

 

Posted in isu semasa | 1 Comment »

Teori M.U.K.H.T.A.R

Posted by shinjeixi on July 4, 2008

Dalam pencarian Web terjumpa satu teori yang amat baik kita renungkan dan aplikasi dalam kehidupan. bukan mudah kerana untuk mencapainya memerlukan pengorbanan. tiada perjuangan tanpa pengorbanan yang sebenar. tetapi ramai di antara kita yang masih berada di antaranya perjuangan dan pengorbanan. pengorbanan memerlukan satu jiwa iaitu JIWA BESAR barulah dikatakan pengorbanan yang sebenar.

Teori MUKHTAR© – Resipi Kejayaan Dunia dan Akhirat: Alhamdulillah di atas segala-galanya. Selain kerjaya dan khidmat tugas sebagai seorang jurutera, saya juga sering diundang (diberi amanah) untuk menyampaikan ceramah motivasi, kepimpinan, pengucapan awam, pengurusan, kuliah ilmiah, tazkirah agama dan seumpamanya. Antara intipati utama isi ceramah motivasi yang sering saya sampaikan dan saya suka untuk kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian ialah satu petua yang saya namakan sebagai Teori MUKHTAR©. Terdapat 2 Teori MUKHTAR© yang ingin dikongsikan untuk sama-sama kita diskusi, implementasi dan uji keberkesanannya.

Teori MUKHTAR© yang pertama ialah satu prinsip yang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja, di mana saja dan bila-bila masa sahaja sepanjang menjalani kehidupan dunia sebagai seorang manusia amnya dan Muslim khususnya. Teori MUKHTAR© untuk kehidupan yang berdasarkan akronim M.U.K.H.T.A.R. adalah seperti berikut:

M = Mission
U = Ummatic
K = Knowledge
H = Holistic
T = Tarbiyyah
A = Altruistic
R = Rabbaniyyah

Sebenarnya teori ini (sekiranya ia sesuai untuk dianggap sebagai teori) amat relevan untuk diadaptasi di dalam kehidupan. Apapun sebagai tazkirah diri, perlu juga dinyatakan secara tegas di sini betapa tujuan dakwah bukanlah untuk mempopularkan diri, tetapi sebaliknya tujuan dakwah adalah untuk mempopularkan ALLAH SWT, menjadikan Rasulullah sebagai Diva (Qudwah), pengajian agama sebagai Akademika Fantastika dan memastikan ajaran agama sebagai syllabus kehidupan.

Secara ringkas dikongsikan perincian dari prinsip atau teori di atas. Elemen pertama ialah perlunya seseorang itu mempunyai misi yang jelas dan tepat di dalam hidupnya. Apa yang dia mahu dari hidup ini? Adakah sekadar lahir, makan, minum, ke tandas, berkahwin, beranak-pinak, kemudian menganjak usia senja dan akhirnya mati?? Atau sekadar menjadi bayi kemudian membesar menjadi kanak-kanak, lalu menjadi remaja, belia, dewasa, seterusnya bergelar veteran dan penghujungnya menjadi seorang tua yang menanti saat kematian yakni ajal yang pasti tiba??

Justeru persoalan misi hidup ini sebenarnya amat penting untuk diperjelaskan, difahami dan dipakubesikan di minda dari awal kehidupan seseorang agar dia berjaya di dunia dan di Akhirat. Sebab itu, saya sering menyatakan di dalam ceramah motivasi yang disampaikan bahawa insan cemerlang mempunyai peta dan kompas hidup serta berminda futuristik. Ini amat penting kerana bila matlamat dan haluan kehidupan seseorang itu adalah matlamat dan haluan yang Rabbani, bererti dia telah mengetahui dari mana dia datang dan ke manakah dia akan pergi serta manakah tempat kekalnya.

Setelah misi hidup sudah jelas, maka seterusnya ia perlulah bersifat ummatik dari segi prinsipnya kerana Islam adalah agama yang bersifat ‘alamiyyah (sejagat) sehinggakan Rasulullah itu sendiri diutus untuk rahmat sekalian alam. Pendek kata, moto “Ummah Kita Tanggungjawab Kita” perlu dijiwai bersama oleh seluruh Muslimin sedunia ke arah mencipta kejayaan hakiki.

Malah adalah menjadi tabiat semulajadi manusia suka dikasihi dan mengasihi antara satu sama lain. Rasulullah SAW sendiri menyeru umatnya agar saling berkasih sayang sesama Islam, sebagaimana hadith Baginda, maksudnya:

“Dari Annas r.a., dari Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Lebih daripada itu, tidak boleh tidak ilmu juga adalah prasyarat utama untuk kejayaan di dua dunia. Fahamilah firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Mujaadalah, ayat 11: “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya ALLAH akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, nescaya ALLAH akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Malah Rasulullah SAW bersabda: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”. Dan seperkara lagi ialah perlu juga difahami bahawa “ilmu tanpa amal adalah seperti pohon tanpa buah, seperti awan tanpa hujan.”

Selanjutnya, secara tuntas untuk menjadi insan yang benar-benar cemerlang, saya berpendirian, yakin dan percaya betapa ia perlu holistik dari segi sifat serta pendekatannya. ‘Re-engineering’ modul pembangunan insan perlu kepada asimilasi antara kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang juga merupakan penanda aras ke arah melahirkan manusia ideal yang berjaya dunia dan Akhirat. Malah Ary Ginanjar Agustian, penulis Indonesia yang saya kagumi di dalam bukunya ESQ Power menyatakan bahawa: “nilai-nilai ESQ yang diadun dengan IQ akan meningkatkan kemampuan untuk mengangkat suara hati spiritual yang paling dalam (unconscious mind) sehingga sumber kecerdasan spiritual yang terletak pada God Spot manusia dapat dizahirkan dalam kehidupan sehari-hari.”

Justeru proses pembentukan insan cemerlang mesti mengambil kira ketiga-tiga aspek ini: IQ, EQ & SQ. Malangnya, sistem pendidikan kini lebih fokus kepada pembangunan IQ dan mengambil ringan aspek EQ dan SQ. Sedangkan didapati IQ hanya memainkan peranan 6% dalam pembentukan peribadi sedangkan 94% lagi adalah ditentukan oleh EQ dan SQ. Dan semuanya ini memerlukan tarbiyyah yakni pendidikan dan latihan yang berterusan.

Malah melalui teori ini saya turut berhujah bahawa perlunya kecemerlangan hidup itu dicerna dengan pendekatan yang altruistik (altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri, kata lawannya ialah egoistik/ individualistik) dan dipimpin dengan akhlaq yang baik melalui pembudayaan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Pembentukan ukhuwwah Islamiyyah amat penting ke arah menjayakan segala perancangan dan modus operandi pemerkasaan umat dan dalam usaha untuk mengembalikan zaman emas kegemilangan Islam. Dalam hal ini, gurindam Raja Ali Haji ada kerelevanannya untuk dihayati bersama:

Cari olehmu akan sahabat yang boleh dijadikan ubat;

Cari olehmu akan guru yang mengenal segala seteru;
Cari olehmu akan isteri yang boleh menyerahkan diri;
Dan jadi olehmu akan abdi yang ada baik budi.

Secara khulasah dan sebagai konklusinya semua pendekatan dalam teori ini sebenarnya anak tangga menuju redha ALLAH dan oleh kerana ALLAH matlamatnya maka ciri rabbaniyyah tidak boleh tidak merupakan teras utama pemacu ke arah tercapainya impian murni kehidupan.

Seterusnya, Teori MUKHTAR© kedua yang ditujukan khas buat para pelajar dan mahasiswa serta saya syorkan dijadikan sebagai panduan untuk menempah kejayaan dalam pelajaran dan peperiksaan. Berikut merupakan makna tersurat dan tersirat yang ingin saya majukan yang juga dicerakinkan berdasarkan akronim M.U.K.H.T.A.R. tersebut:

M = Matlamat yang jelas dan tepat
U = Usaha yang tidak mengenal jemu
K = Kesungguhan untuk berjaya
H = Hero nan hebat
T = Teknik dan strategi
A = Altruistik dan akhlaq
R = Religious conscious yakni berkesedaran agama yang tinggi.

Buat akhirnya, ayuh bersama kita renungkan Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: “Rasulullah SAW memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar r.a. berkata: “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang. Ambillah persiapan saat engkau sihat untuk menghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk sesudah kematianmu” (Hadith Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

inilah hasil ’surfing’ yang telah dijalankan untuk memberi dan terus memberi dan terus memberi..untuk maklumat lanjut sila layari http://muhtarsuhaili.wordpress.com

Posted in tazkirah | Leave a Comment »

bertemu kita dengan bulanNya

Posted by shinjeixi on July 4, 2008

Melangkah kita masuk ke dalam satu bukan yang dikatakan bulan yang sangat memberi keberkatan. oleh itu marilah kita sama-sama berazam untuk meningkatkan ibadat pada tahun ini dengan bertemunya kita dibulan Rejab seolah-olah kita akan mati esok hari. sentiasalah berazam untuk cuba ikhlas menunaikan perintahnya. perit kita sekarang atau di dunia agar kita akan tersenyum di syurga nanti insyaAllah.

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Posted in tazkirah | Leave a Comment »

Antara Hampa dan Harapan

Posted by shinjeixi on July 4, 2008

Sekadar untuk renungan bagi kita manusia yang sentiasa hidup dalam kekeliruan. tetapi tidak bagi mereka yang sentiasa berpegang teguh pada al-Quran dan Sunnah. manusia adalah makhluk yang unik kerana hidup mereka akan sentiasa diuji tidak kira apapun ujian dan tidak kira di mana pun manusia itu berada. semuanya untuk menguji tahan keimanan masing-masing. biarapapun keputusan yang manusia ambil Allah itu masih Maha Penyayang kerana masih lagi memberi hidayah untuk kembali ke jalanNya.

selalu dipesan jangan kita menghampakan orang lain kemudian nanti ita akan dihampakan. biasalah dalam al-Quran pun sudah tertulis..barangsiapa yang berbuat kebaikan akan dibalas baik dan sebaliknya. tetapi apa yang ingin dibicarakan di sini ialah dalam soal hubungan. ramai diantara kita yang keliru hakikat sebenar menghampakan orang lain.

sedikit luahan hati yang sering berbicara dengan fikiran tentang soal ini. Dalam soal hubungan diantara lelaki dan perempuan haruslah berlaku jujur dan mesti bermatlamatkan untuk mendapat keredhaan Allah. selain matlamat tersebut kita akan tersasar dalam berhubung. sukar untuk menterjemahkan apa yang terdapat dalam fikiran.

hakikat yang sebenar menghampakan orang lain dalam soal hubungan lelaki dan wanita ialah soal permulaan yang dilakukan sama ada dimulakan dengan harapan atau tidak. wajar bagi seseorang perempuan untuk berterus-terang atau tidak memberi sebarang harapan kepada mana-mana lelaki yang mempunyai hasrat hati sekiranya si perempuan tadi sudah mempunyai yang lain.

tetapi apa yanng sering disalahtafsirkan di sini kebanyakan kita lebih banyak mengambil jalan membuat permulaan. permulaan yang bagaimana? itu yang sering difikirkan tetapi sudah banyak contoh-contoh yang sudah jelas terang lagi bersuluh : menjawab sms , menjawab YM , menjawab call dan sebagainya. kenapa kadang-kadang kita tidak terfikir itu adalah membuka harapan kepada si lelaki untuk terus berhubung. cara yang terbaik ialah kuatkan iman untuk tidak menjawab atau melayan semua itu. kuatkan iman hanya dengan iman dapat menjauhkan kita daripada memberi harapan seterusnya akhirnya akan menghampakan mereka.

jelas sekali itu baru makna sebenar menghampakan orang lain dalam soal yang dibicarakan ini. apapun sebenarnya di saat dan ketika perkara ini berlaku ke atas diri kita. perbanyakkan berdoa dan minta dikuatkan ketetapan hati supaya kita masih lagi berada di dalam jagaan Allah. jangan memulakan suatu hubungan yang kita pasti akan menghampakan seseorang.

sebenarnya hidup hanyalah untuk mencari keredhaan Allah.jika kita merasakan apa yang kita putuskan itu akan mendapat keredhaan Allah maka teruskan. sentiasalah bermohon agar setiap tindakan tindakan kita akan mendapat KEREDHAAN ALLAH. insyaAllah. sedikit renungan dan apa yang terbuku difikiran agar dapat memberi jalan kepada orang lain untuk melaluinya dengan cara yang terbaik.

Posted in tazkirah | Leave a Comment »