Kebenaran itu

pasti akan tertegak

Archive for September, 2008

Adakah Anda Sudah??

Posted by shinjeixi on September 14, 2008

Dalam keseronokan kita mengecapi nikmat yang tidak terkira hitungannya di dalam bulan Ramadhan ini jangan kita terlupa untuk menunaikan kewajipan yang sememangnya terdapat dalam rukun Islam iaitu ZAKAT. Adakah anda sudah menunaikan Zakat Fitrah ????

Tahun ni tahun terakhir zakat dibayarkan oleh orang lain tahun depan penulis artikel ini perlu menunaikan zakat fitrah sendiri. Maka mulai tahun ini lah mula peka dengan kadar zakat fitrah yang telah dinyatakan…seperti berikut bagi memudahkan diri sendiri dan orang lain untuk bersegera menunaikannya. bukannya banyak daripada kita membeli prepaid RM10 pada bulan ini baik dijimatkan untuk membantu orang lain yang lebih besar ganjarannya di akhirat kelak.

 

~ Selamat Menunaikan ZAKAT FITRAH ~

Posted in isu semasa | 1 Comment »

Carilah yang Indah-indah

Posted by shinjeixi on September 12, 2008

Hidup tidak lepas daripada ujian dan masalah. Justeru yang diajar oleh Nabi saw apabila berdepan dengan perkara yang kita tidak suka ialah bersabar. Terima ketentuan dengan redha serta berusahalah berlapang dada. Memang bukan mudah. Tetapi percayalah….jika banyak kepayahan terpaksa dilalui dalam usaha membina kedua-dua benteng terpuji itu ( sabar dan redha ), banyaklah ‘upah’ yang akan dibayar oleh Allah swt. Asalkan hati ikhlas berserah kepadaNya. Itulah kelebihan hidup orang beriman. Sentiasa ada peluang berbuat kebajikan untuk beroleh ganjaran. Bukan saja pada waktu senang dan lapang, bahkan waktu tersepit dan menderita pun disuruh juga melakukan perkara yang baik.

Nabi saw memberi komen melalui sabda baginda :

“Sesungguhnya mengangumkan orang-orang mukmin kerana pekerjaannya semuanya baik. Yang demikian tidak akan terdapat pada orang kecuali hanya pada orang mukmin. Kerana apabila dia berhasil dia besyukur. Dan apabila dia ditimpa kesulitan dia sabar. Itulah (rahsia) kebaikanya” (Riwayat Muslim daripada Shuhaib r.a) – dipetik daripada ANIS April 2008

Begitulah realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. perkataan yang cukup mudah disebut oleh setiap orang untuk dirinya atau orang lain, tetapi cukup sukar untuk dipraktikkan bila menimpa diri. Tetapi bagi yang telah berjaya semestinya cukup manis untuk diluahkan dengan setiap kesabaran dan redha yang dialami sendiri.

Maka bersabarlah dan berlapang dadalah sentiasa dengan setiap ujian yang menimpa. Berusahalah ke arah yang lebih baik untuk masa yang akan datang. Setiap kesusahan itu terselit keindahan yang hanya diteliti oleh orang-orang yang berjaya menggapai erti kata sebenar SABAR dan REDHA. InsyaAllah moga kita tergolong dalam orang-orang yang berjaya itu. Amin

Posted in tazkirah | Leave a Comment »

LailatulQadar????

Posted by shinjeixi on September 12, 2008

Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam
nilainya menyamai dengan seribu bulan
itulah dia malam al-Qadar
hadiah pada hambanya bertaqwa
 
Singkaplah tabir di sepuluh malam terakhir………..
 
Dendangan kumpulan Nasyid Raihan..mari kita hayati Malam Lailatul Qadar sebaiknya..
rebutlah malam ini kerana tidak ada malam ini melainkan dalam bulan RAMADHAN AL-MUBARAK!!
KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL QADAR
Allah Ta’ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar”.

Kebanyakan ulama’ Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu’, beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

  • Menghayati malam tersebut dengan ibadah
  • Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama’ menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
  • Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
  • Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

Posted in tazkirah | Leave a Comment »

Penuhkan Ramadhan dengan Ibadah

Posted by shinjeixi on September 6, 2008

Alhamdulillah..lama sudah berlalu tetapi segar dalam ingatan. Ayuh mari kita sama-sama suburkan Ramadhan dengan ibadah dan amalan kebaikan.

Semoga pengisian isi diteruskan oleh generasi yang seterusnya hingga ke akhirnya..

Posted in tazkirah | 1 Comment »

Ahlan ya Ramadhan!

Posted by shinjeixi on September 6, 2008

Ramadhan al-Mubarak adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Bersama-samalah kita merebutnya kerana tiada siapapun yang akan kecewa kerana Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terutama kepada hambanya yang selalu merintih dan terus meminta kepadaNya dengan penuh rasa kehambaan…dan tidak menyombongkan diri

Sedikit rasa terdetik untuk disampaikan ketika berbual bersama seorang kawan tentang budget kewangan, memandangkan budget 2009 baru sahaja selesai dibentangkan. Kawan ini bercerita tentang badget seorang hamba Allah yang lain..dalam senarai tersebut ada tertulis budget untuk bulan Ramadhan…sama-sama kami muhasabah diri masing-masing adakah tersenarai budget untuk bulan Ramadhan. kerana pemberian pada bulan Ramadhan akan mendapat ganjaran yang lebih…maka sama-sama lagi kita memberi …dan cuba lah memberi lebih banyak dibulan Ramadhan..InsyaAllah ganjaran kemanisannya akan dinikmati…

Posted in tazkirah | Leave a Comment »