Kebenaran itu

pasti akan tertegak

Archive for October, 2008

dalam diLema…

Posted by shinjeixi on October 26, 2008

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

menelusuri jalan yang berliku

Posted by shinjeixi on October 26, 2008

sempat jugak aktiviti mingguan berjalan-jalan ke sekitar batu niah dan kawasan yang sewaktu dengannya. antara tempat yang sempat diziarah sekolah kebangsaan sungai Manong

Mungkin ada sebab kenapa dinamakan sungai Manong…mungkin kerana ini

ini lah jalan altenatif yang paling cepat untuk ke sekolah. walaupun ada jalan lain. murid-murid yang sudah biasa sememangnya boleh berlari di atas titi ini. nasib baik dikurniakan kekuatan untuk berjalan dengan baik sepanjang titi ini. air deras mungkin lepas hujan.

mungkin di semenanjung kebanyakan tidaklah terdapat lagi sekolah yang masih kayu..tetapi adalah satu pemandangan biasa di Sarawak ini. SK Sg Manong mengambil masa lebih kurang 30 minit dari SMK Subis batu Niah. kebetulan menziarahi salah seorang kenalan di sini…sempat juga singgah di rumah guru-guru dan pekerja di sini

inilah dia sebahagian kuarters yang ada masih kukuh dan selamat didiami..teruskan mendidik!

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

anak-anak…

Posted by shinjeixi on October 26, 2008

“….anak-anak kita mungkin gagal mengikut arahan lisan kita. Tetapi mereka tidak pernah gagal meniru perbuatan kita. jika mahu anak mendengar kata, belajarlah untuk mendengar pandangan anak-anak. itulah kasih sayang ibu dan bapa yang penting untuk dikembangkan….”

“..tetapi ibi bapa yang cemerlang, ialah ibu bapa yang bukan sahaja memberikan anak-anak keperluan fizikal, mental dan emosi, mereka juga memberikan si anak didikan agama…” hasil tulisan saifulislam.com.

Namun realiti yang berlaku sekarang sangat berbeza. tidak dinafikan terdapat juga peratus ibu bapa yang cemerlang…tetapi kebanyakan yang dilihat sekarang ialah lebih kepada material atau kebendaan. perkara asas iaitu didikan agama dikesampingkan. mana-mana agama pun mementingkan soal asas keagamaan dalam pendidikan. jika tidak berlakulah seperti sekarang seorang murid PEREMPUAN di sekolah menengah kebangsaan menendang perut guru PEREMPUAN, tidak terfikirkah dia bahawa bermulanya dia dahulu dari perut yang ditendang, guru juga ibarat ibu…tidak terfikirkah dia betapa sukarnya proses mengandung dan melahirkan…

teringat kepada kata-kata ibu sewaktu cuti sekolah yang sangat memberi motivasi tatkala diri dirudung rasa putus asa dengan sikap dan perangai manusia di sekolah. pesanan ibu “jika kita hendak menjadi murabbi ( pendidik ) diri kita mesti menjadi seorang yang benar Murabbi ( pendidik ) sepanjang masa” . belajarlah memperbaiki diri . pamerkan akhlak yang mulia .

semoga hasil didikan yang ikhlas akan membuahkan hasil yang sangat cantik dan menyenangkan. mungkin akan ada sedikit kekecewaan tapi sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan UMMAH.

Posted in tazkirah | Leave a Comment »

dimana Kasih dan Sayang?

Posted by shinjeixi on October 24, 2008

ada pada sesiapa sahaja .. yang sentiasa mencari hakikat sebenar kehidupan seorang HAMBA ALLAH ~ hasil bacaan Aku terima Nikahnya tulisan saifulislam.com

Posted in tazkirah | Leave a Comment »

mencari MIDIN..!

Posted by shinjeixi on October 24, 2008

dalam kesibukan bekerja pasti ada tekanan yang menimpa. kekalutan menyiapkan pelbagai analisis dan mendidik anak bangsa menjadi satu amanah yang mesti dilakukan dengan tenang dan penuh ketenangan. disebabkan itulah sempat juga penulis blog bersama-sama meluangkan masa yang ada untuk mencari ketenangan..

mungkin gambar ini ada sedikit kesilapan dari sudut fokus..masih amatur. tapi sempat dirakam semasa dalam perjalanan mencari paku-pakis. sengaja mahu masuk ke dalam kebun meninjau-ninjau pekerjaan penduduk kampung di sini. sempat juga beramah mesra dengan beberapa orang di sana

“Ya Allah kurniakanlah rezeki yang halal sepanjang hidupku” ini antara yang dicari. mungkin dikampung sendiri ada juga. memandangkan kampung di Perak juga dikelilingi ladang sawit tetapi kita tidak ada kreativiti ini untuk mencari sayur sebegini.

inilah sayur midin menurut sumber yang dipercayai. ada yang berwarna hijau. memang sedap ditumis dengan ikan bilis dan dicampur dengan belacan , bagi penggemar belacan. banyak jugak hasil sebenarnya nanti kita lihat apakah hasil selama mencari sayur midin selama 1 jam lebih kurang..

yang plastik putih itulah hasilnya. lagi 2 bungkus plastik itu hasil orang lain. betapa bezanya pengutip sayur amatur dengan yang sudah pakar..memetik pun ada cara…menyusun dalam beg plastik pun ada cara..ilmu yang amat berharga bagi seorang yang sudah biasa membeli sayur bukan mencari sayur sendiri untuk makan

dari beg plastik yang dipegang cuba teka siapa yang paling pakar dalam mengutip sayur..inilah peneman sepanjang perjalanan hari menghilangkan tekanan…terima kasih kerana sudi makan bersama, masak bersama dan beramah mesra..semoga ukhuwah sentiasa berkekalan hingga ke akhirnya… Ya Allah bahagiakanlah kami !

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

singgah sebentar di Tasik Serian

Posted by shinjeixi on October 22, 2008

sempat merehatkan diri di taman tasek Serian. sambil menghirup udara segar.

perjuangan dan perjalanan masih belum selesai.. jangan sesekali terleka dengan sedikit kesenangan yang melalaikan…

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Apa yang ada di Water Front KUCHING

Posted by shinjeixi on October 22, 2008

hanya rakaman gambar yang boleh menggambarkan apa yang ada…macam-macam ada

ini dipanggil PENAMBANG , digunakan untuk sebagai pengangkutan menyeberang sungai ini. jika berani berenang pun boleh juga. harga rm0.30 – rm0.50. mungkin sekarang rm1.00..

Baru tahu di KUCHING pun ada india Street.. beginilah rupanya diwaktu siang sewaktu petang. kebanyakan kedai sudah mula menutup perniagaan mereka

Antara kedai cenderahati yang terdapat disepanjang water Front di Kuching. memang unik dan kreatif apapun yanng paling best ialah senduk yang pelbagai ada yang sampai lelong 7 jenis senduk pilih sendiri sama dengan RM5. sempat juga membeli sumpit .. yang selama ini selalu abang Din sebut-sebut bila marah ” aku sumpit baru tahu ” sekarang sumpit yang sebenar telah berada dihadapan mata. dan akhir sekali bertemu juga dengan seorang yang berjasa membawa pasport terbang dari MIRI. tuan punya pasport sampai dulu di KUCHING..

 

 

bersama Cikgu Zalina yang berjasa membawa pasport ke Kuching. sempat menziarahi cikgu dan keluarga. Semoga bahagia dan dimurahkan rezeki pada keluarga cikgu yang tinggal berdekatan dengan water front. hanya beberapa minit saja. terima kasih yang tak terhingga

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

berjaya ke Sarikin akhirnya…

Posted by shinjeixi on October 21, 2008

Gambar diambil seperti biasa menunjukkan papan tanda untuk ke SARIKIN wujud. untuk menghilangkan keriasaun sesiapa sahaja yang ingin berkunjung tidak akan kesesatan…

antara barangan yang ada. sempat juga dirakamkan gambar Tikar Sarawak yang menjadi idaman bonda di semenanjung  akan dikirim jua jika diberi peluang dan ruang untuk nya kelak

Jauh perjalanan luas pandangan luas pengalaman.. semoga pengalaman yang dicari ini dapat menjadi panduan dan menjadi pengajaran untuk mengurus kehidupan yang realiti bukan fantasi..

Sarikin adalah satu tempat membeli belah seperti di semenanjung Pengkalan kubur. Sarikin terletak bersempadan dengan Indonesia dibahagian Kalimantan. Lihat gambar di atas..selepas sahaja papan tanda menunjukkan pemeriksaan anda telah berjaya ke luar negara tanpa perlu membeli tiket belon.

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Perasmian Sarawak Islamic Information Centre 2008

Posted by shinjeixi on October 21, 2008

Di KUCHING sempat menghadiri perasmian Sarawak Islamic Information Centre..dirasmikan oleh Datuk Taib Mahmod  sempat juga melatih sepupu mengambil gambar antara gambar yang diambil

kehadiran Dato’  sebelum majlis perasmian. diserikan dengan persembahan silat

Bergambar kenangan bersama beberapa orang pelajar jurusan Pengurusan Seni UNIMAS..pesanan kepada adik-adik di Universiti. Manfaatkan masa muda di Universiti untuk menjana minda, mengerah keringat yang ada dan masih kuat untuk dipraktikkan dan disumbangkan kepada masyarakat diluar sana. kenangan berlalu … masih belum selesai..

Posted in jalan-jalan | Leave a Comment »

journey to Air Terjun Ranchan

Posted by shinjeixi on October 21, 2008

Alhamdulillah..sampai juga ke sana walaupun dalam keadaan demam panas. sempat jugak menikmati ciptaan Allah yang terlalu agun. Untuk menghilangkan tekanan yang ada dengan melihat dan mendengar apa yang semulajadi. memang amat mendamaikan. Apa yang menarik ialah namanya Air terjun Ranchan dengar semula seakan-akan nama yang sangat dikenali ya SIN CHAN.

selamat datang….sampai tepat jam 8.30 pagi bertolak dari samarahan…

setelah naik ke beberapa tingkat terjumpa tingkatan yang agak selamat dan cantik. sungguh membahagiakan hati

 

Air tenjun ini terletak di SERIAN salah satu kawasan yang berdekatan dengan KUCHING..belum pakar lagi tentang KUCHING. Air terjun yang mempunyai banyak tingkatan..memang nyaman ke sana.

 

inilah wajah-wajah ceria adik-adik yang sudi menjadi penunjuk jalan untuk ke SERIAN..belum tamat di sini..

Posted in Uncategorized | 1 Comment »