Kebenaran itu

pasti akan tertegak

Archive for October 18th, 2008

Ramah Tamah Aidilfitri 2008

Posted by shinjeixi on October 18, 2008

Sempena bulan syawal tahun ini SMK Subis ( posting 1st  penulis ) menganjurkan Ramah Tamah Aidilfitri. Sangat memberi pengalaman. dihadiri oleh semua warga Subis beserta ahli keluarga.  apa yang diharapkan ialah semua saling berkenal-kenalan dan beramah mesra supaya sentiasa bersatu padu walau ditempat orang lain….

apa yang paling seronok ialah bila sama-sama bekerjasama menjayakan majlis ini dari awal pagi lagi…tapi gagal dirakamkan memori mereka masak-memasak bersama-sama di bilik ERT .. tapi lihatlah ini hasilnya

rendang tok…hasil air tangan oghe klate..apapun mari kita tengok apa yang terjadi disebalik tirai ramah tamah Aidilfitri…

  

Inilah tulang belakang disebalik banyaknya dan tersusunnya makanan semasa malam Ramah tamah. tanpa mereka tidak kek terpotong, biskut tersusun mengikut corak dan saiznya … masing-masing bertungkus lumus..sambil memotong sambil makan-makan…sebab itu petugasnya lebih ramai dari yang lain2…

 

 

Mmm..buat projek apa tu!!!..nasib baik sempat dirakam dari sudut atas..jelas sekali taktik yang paling licik..sempat merompak semua makanan yang ada sebelum dihidangkan…sebab itu semuanya relaks sahaja selepas selesai makan2..tidak ada seorang pun yang berebut makanan.. begitu rakus sekali..

 ini baru bahagian dapur..kita zoom sekejap ke bahagian pentas..

 

inilah hasil penat lelah..harap semua berpuas hati dengan hasil tangan ku ini..memang cantik..hasil tangan yang cukup menakjubkan..tapi kenapa masih banyak kosong lagi ya…

 

  

 

 

inilah dia pelukis sebenar banner maljlis ramah tamah Aidilfitri

 

 

 

 

Sepanjang Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2008

Tuan Pengetua di sambut oleh PKI

antara yang hadir pada malam itu

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H

Semoga hari raya yang yang dirai memberi sepenuh makna kepada diri kita, setelah sebulan kita diuji dengan dugaan puasa. Semoga juga setiap amalan yang dilakukan berkekalan hingga akhir hayat.Kullu ‘amin waantum Bikhairin…

Posted in smkSubis | Leave a Comment »