Kebenaran itu

pasti akan tertegak

Archive for October 24th, 2008

dimana Kasih dan Sayang?

Posted by shinjeixi on October 24, 2008

ada pada sesiapa sahaja .. yang sentiasa mencari hakikat sebenar kehidupan seorang HAMBA ALLAH ~ hasil bacaan Aku terima Nikahnya tulisan saifulislam.com

Posted in tazkirah | Leave a Comment »

mencari MIDIN..!

Posted by shinjeixi on October 24, 2008

dalam kesibukan bekerja pasti ada tekanan yang menimpa. kekalutan menyiapkan pelbagai analisis dan mendidik anak bangsa menjadi satu amanah yang mesti dilakukan dengan tenang dan penuh ketenangan. disebabkan itulah sempat juga penulis blog bersama-sama meluangkan masa yang ada untuk mencari ketenangan..

mungkin gambar ini ada sedikit kesilapan dari sudut fokus..masih amatur. tapi sempat dirakam semasa dalam perjalanan mencari paku-pakis. sengaja mahu masuk ke dalam kebun meninjau-ninjau pekerjaan penduduk kampung di sini. sempat juga beramah mesra dengan beberapa orang di sana

“Ya Allah kurniakanlah rezeki yang halal sepanjang hidupku” ini antara yang dicari. mungkin dikampung sendiri ada juga. memandangkan kampung di Perak juga dikelilingi ladang sawit tetapi kita tidak ada kreativiti ini untuk mencari sayur sebegini.

inilah sayur midin menurut sumber yang dipercayai. ada yang berwarna hijau. memang sedap ditumis dengan ikan bilis dan dicampur dengan belacan , bagi penggemar belacan. banyak jugak hasil sebenarnya nanti kita lihat apakah hasil selama mencari sayur midin selama 1 jam lebih kurang..

yang plastik putih itulah hasilnya. lagi 2 bungkus plastik itu hasil orang lain. betapa bezanya pengutip sayur amatur dengan yang sudah pakar..memetik pun ada cara…menyusun dalam beg plastik pun ada cara..ilmu yang amat berharga bagi seorang yang sudah biasa membeli sayur bukan mencari sayur sendiri untuk makan

dari beg plastik yang dipegang cuba teka siapa yang paling pakar dalam mengutip sayur..inilah peneman sepanjang perjalanan hari menghilangkan tekanan…terima kasih kerana sudi makan bersama, masak bersama dan beramah mesra..semoga ukhuwah sentiasa berkekalan hingga ke akhirnya… Ya Allah bahagiakanlah kami !

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »