Archive for October 26th, 2008
menelusuri jalan yang berliku
Posted by shinjeixi on October 26, 2008
sempat jugak aktiviti mingguan berjalan-jalan ke sekitar batu niah dan kawasan yang sewaktu dengannya. antara tempat yang sempat diziarah sekolah kebangsaan sungai Manong
Mungkin ada sebab kenapa dinamakan sungai Manong…mungkin kerana ini
ini lah jalan altenatif yang paling cepat untuk ke sekolah. walaupun ada jalan lain. murid-murid yang sudah biasa sememangnya boleh berlari di atas titi ini. nasib baik dikurniakan kekuatan untuk berjalan dengan baik sepanjang titi ini. air deras mungkin lepas hujan.
mungkin di semenanjung kebanyakan tidaklah terdapat lagi sekolah yang masih kayu..tetapi adalah satu pemandangan biasa di Sarawak ini. SK Sg Manong mengambil masa lebih kurang 30 minit dari SMK Subis batu Niah. kebetulan menziarahi salah seorang kenalan di sini…sempat juga singgah di rumah guru-guru dan pekerja di sini
inilah dia sebahagian kuarters yang ada masih kukuh dan selamat didiami..teruskan mendidik!
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
anak-anak…
Posted by shinjeixi on October 26, 2008
“….anak-anak kita mungkin gagal mengikut arahan lisan kita. Tetapi mereka tidak pernah gagal meniru perbuatan kita. jika mahu anak mendengar kata, belajarlah untuk mendengar pandangan anak-anak. itulah kasih sayang ibu dan bapa yang penting untuk dikembangkan….”
“..tetapi ibi bapa yang cemerlang, ialah ibu bapa yang bukan sahaja memberikan anak-anak keperluan fizikal, mental dan emosi, mereka juga memberikan si anak didikan agama…” hasil tulisan saifulislam.com.
Namun realiti yang berlaku sekarang sangat berbeza. tidak dinafikan terdapat juga peratus ibu bapa yang cemerlang…tetapi kebanyakan yang dilihat sekarang ialah lebih kepada material atau kebendaan. perkara asas iaitu didikan agama dikesampingkan. mana-mana agama pun mementingkan soal asas keagamaan dalam pendidikan. jika tidak berlakulah seperti sekarang seorang murid PEREMPUAN di sekolah menengah kebangsaan menendang perut guru PEREMPUAN, tidak terfikirkah dia bahawa bermulanya dia dahulu dari perut yang ditendang, guru juga ibarat ibu…tidak terfikirkah dia betapa sukarnya proses mengandung dan melahirkan…
teringat kepada kata-kata ibu sewaktu cuti sekolah yang sangat memberi motivasi tatkala diri dirudung rasa putus asa dengan sikap dan perangai manusia di sekolah. pesanan ibu “jika kita hendak menjadi murabbi ( pendidik ) diri kita mesti menjadi seorang yang benar Murabbi ( pendidik ) sepanjang masa” . belajarlah memperbaiki diri . pamerkan akhlak yang mulia .
semoga hasil didikan yang ikhlas akan membuahkan hasil yang sangat cantik dan menyenangkan. mungkin akan ada sedikit kekecewaan tapi sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan UMMAH.
Posted in tazkirah | Leave a Comment »





