Kebenaran itu

pasti akan tertegak

Archive for March 6th, 2009

Seruan Cinta Terzahir Di Mata

Posted by shinjeixi on March 6, 2009

Mata penulis tajam memerhatikan dengan penuh pengamatan bangunan peninggalan sejarah itu dengan mata berkaca-kaca.Boleh dikatakan setiap hari penulis akan mendatangi satu corok laluan berpagi-pagian untuk mencari mutiara-mutiara berharga di persisiran mahligai terunggul di rantau ini.Semenjak berpindah ke rumah baru,penulis tidak lagi perlu bersusah payah memerah keringat menunggu,berhempit-hempit,dan berpanasan di dalam bas kerana jarak dari rumah ke universiti hanya mengambil masa 10 minit perjalanan.Kalau hendak diikutkan mungkin ada sahaja mereka yang pantas memberi alasan;
“Masih jauh tu”

“Ala naik bas bukannya mahal sangat pun,dengan mata wang mesir ni”

“Tidak mengapalah,enta jalanlah dulu ana ikut dari belakang”

Namun keindahan setiap jalanan di angkasa lukisan arca bagunannya tidak tumpah seperti sebuah kota lama yang masih segar,kaki memancu gagah melangkah ke hadapan,saban hari setiap waktu dan ketika laluan ini,bumi kota lama ini tidak pernah sirna dari derapan bunyian ribuan kaki melangkah,berlari-lari anak,dan hentakkan kuat deruman enjin tua.Suara-suara dari segala sesuatu meruak-ruak dalam gelombang besar dan tersuling ke liang-liang bisikan setiap yang melaluinya.Kali ini,penulis merasakan ada sedikit kelainan yang bermain di jiwa,seakan-akan telah mengajak penulis mengukir bait sebagai pahatan kenangan di setiap dinding bangunan unik itu.Penulis hampir tertewas pada lamunan kecil iblis bermain hebat di pancaindera,seolah-olah berada pada kurun tapak bangunan ini ditegakkan;

“Eerm,mungkin sudah hampir ratusan tahun”Bibit hati penulis sambil cuba mencari kepastian kalau ada catatan usang yang bertarikh pada deretan bangunan ini.

“Kenapa kali ini hati aku tertewas pada polimikan seni bina bangunan?”

“Apakah sebelum ini aku tidak pernah melalui dicelah-celah batu-batu yang berkotak lebih indah dan lebih canggih dari ini?” Penulis terkesima hebat sambil mata bagaikan melekat kuat pada batu-batu tersusun rapi itu.

Lamunan hati penulis mati seketika dek terdengar dari dekat laungan azan muazin berteriak lantang.Hati penulis tergerak untuk mencari kebenaran disebalik tilikan tidak bertauliah sebentar tadi,mana tahu mungkin ada siapa-siapa yang lebih tahu tentang sejarah bangunan dan tembok besar yang masih tersisa di luar sana.Kaki penulis bergerak terancang seiring rabaan mata menguyu mencari dari mana arah azan itu berkumandang.Sambil berjalan telinga penulis menangkap kemas suara-suara bel dan paduan nada malakut terkadang-kadang mencair jauh.Penulis menyaksikan pertengkaran di sebelah tempat penulis mengelamun sendu tadi,dua perempuan saling melayan ke arah masing-masing dan seketika mereka ditarik untuk dilepaskan,pakaian rumahan mereka bertebangan terlepas ke udara seperti bulu-bulu yang sangat besar.

Penulis terpesona sekejap dengan adegan-adegan yang tidak berbayar itu,boleh dikatakan sudah menjadi rutin harian orang-orang arab akan berirama keras sesama hanya kerana masalah kecil.Kaki terus memandu tubuh yang semakin mengurus,tiba-tiba mendekat suara serak-serak basah yang muncul dari antah berantah,tapi yang pasti suara itu bukan roh yang tersesat;

“Anak mahu ke mana?”Suara seorang tua arab bertongkat bergerak laju sedikit daripada penulis.

“Pak cik apa khabar?”Wajah penulis menjadi rembulan menatap kasih padanya.

“Saya mahu mencari arah suara azan tadi berkumandang”Jawab penulis tersimpul manis di bibir.

“Pak cik tahu,di mana masjid tu?”Penulis terasa agak malu sedikit,masakan hal sekecil itu tidak bisa diselesaikan.

“Mari nak pak cik tunjukan”

“Pak cik pun mahu ke sana juga”Sambil memegang lembut tangan penulis memimpin ke arah suatu bagunan tersorok kecil dari pandangan.

“Patutlah tak jumpa,di sebalik bangunan rupanya”Penulis membiarkan tangan terus disuluh oleh orang tua arab itu,sambil tersenyum malu.

Baru penulis mengerti bahawa sebuah cinta suci itu,tidak semestinya perlu disaksikan dengan suara yang keluar semata-mata,cinta yang indah tidak perlu mencari sesat,cinta yang bersulam secangkir iman tidak perlu meminta berharap,dan cinta itu tidak perlu dibayar dengan material yang terpancak.Cinta sebenar hanya perlu sedikit pengorbanan dan pengertian disebalik tembok kukuh yang pernah dibina oleh Nabi Adam a.s dan Nabi Yusof a.s suatu ketika dahulu bersama pasangan masing-masing.Rasa kagum pada lukisan ukiran bangunan dan keseniannya juga merupakan cabang-cabang cinta yang lahir secara ikhlas sepersis mawar berduri petanda kasih yang masih belum termiliki.Inilah kejujuran yang pasti,tanpa perlu mencari,dan meraba-raba senuansa ciptaannya oleh Tuhan Maha Mengerti akan keperluan sekalian hamba-Nya.

dicopy dari :

www.usrahwave.com/site

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »