PPSMI…!!!
Posted by shinjeixi on March 7, 2009

Tanggal 9 Mac ini (12 Rabiulawal 1430), umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul. Kelahiran seterusnya kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. membawa rahmat kepada sekalian alam.
Baginda membebaskan bangsa Arab daripada fahaman dan amalan jahiliah, seterusnya mengangkat martabat mereka ke darjat paling tinggi sepanjang sejarah; sehingga dapat menewaskan dua kuasa dunia ketika itu – empayar Rom dan Parsi.
Sebagai penyuluh umat sepanjang zaman adalah penting untuk kita merujuk kepada sirah Rasulullah s.a.w. sekalipun dalam membicarakan permasalahan kotemporari membabitkan masyarakat kita – Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha pertamanya membangunkan masyarakat sebaik-baik tiba di bumi Madinah dari Makkah (Hijrah) adalah mendirikan masjid (Masjid Quba’). Masjid adalah institusi utama membangunkan masyarakat. Masjid didirikan di pusat-pusat kediaman; bukan di puncak gunung seperti didirikan biara. Ini bagi membolehkan masjid dijadikan pusat kegiatan dan pembangunan masyarakat setempat. Masjid adalah institusi yang menyamai pusat pembangunan, sekolah dan universiti seperti dikenali hari ini.
Daripada masjidlah berkembang ilmu yang pada dasarnya disampaikan dalam bahasa masyarakat setempat. Khutbah dan ilmu disampaikan dalam bahasa yang difahami majoriti penduduk. Jika kawasan itu bermajoritikan orang Arab, khutbahnya adalah dalam bahasa Arab; jika kebanyakan penduduknya orang Parsi, khutbahnya dalam bahasa Parsi.
Bahasa adalah berkaitan dengan umat itu. Orang Arab yang telah diislamkan, berkembang maju sejajar dengan kehebatan bahasanya yang diperkayakan oleh ilmu-ilmu Islam. Apabila kawasan orang Islam semakin jauh melangkaui sempadan dunia Arab, bahasa mereka semakin kaya. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menggalakkan sahabat-sahabatnya mempelajari bahasa luar seperti Parsi dan bahasa orang Rom. Dengan ini semakin berkembanglah bahasa Arab, seterusnya membawa kemajuan ilmu pengetahuan paling hebat pernah diketahui.
Kehebatan orang Arab Islam adalah kerana ilmunya dalam bahasa Arab. Sekalipun Rasulullah s.a.w. menggalakkan sahabat mempelajari bahasa asing, kemajuan ilmu orang Islam tidak terletak pada bahasa asing seperti bahasa orang Rom. Orang Parsi pun selepas menerima Islam, memaju dan menghebatkan bahasa mereka sehingga bahasa Parsi mempunyai saham dalam memperkayakan khazanah ilmu dunia Islam.
Selain fakor keislaman mereka, orang Arab menjadi hebat apabila bahasa Arab hebat; orang Parsi hebat dalam bahasa Parsinya, tamadun Cina hebat dalam bahasa Cinanya; orang Inggeris hebat dalam bahasa Inggerisnya; tup tup orang Melayu atau Malaysia mahu dijadikan bangsa hebat dalam bahasa Inggeris melalui PPSMI.
Ini betul-betul kerja ‘gila’ atau ‘golongan celaka’ (diungkapkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang) dan ‘bangang’ oleh Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Dato’ Dr Hassan Ahmad.
Apa yang kita khuatiri pengerak PPSMI adalah tinggalan saki baki penjajah yang bersarang di kalangan golongan elit dan feudal negara. Seperti dijelaskan, ilmu (seperti khutbah dan tazkirah di masjid) perlu disampaikan dalam bahasa difahami masyarakat setempat. Ilmu perlu menyeluruh, boleh diakses seluruh anggota masyarakat tanpa sempadan bikinan seperti bahasa, kuasa, keturunan kedudukan dan pangkat.
Mengenai kelemahan bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris dalam membicarakan bidang sains dan teknologi yang menjadi sandaran sesetengah pihak untuk menolak penggunaan bahasa Melayu, pihak berkenaan sudah jelas ‘golongan celaka’ kerana jika orang Melayu/Islam tidak memajukan bahasa ini, mereka mengharapkan siapa sebenarnya? Bukankah Rasulullah s.a.w. meminta sahabatnya belajar bahasa asing seterusnya menyampaikan ilmu diperolehi kepada anggota masyarakat, tujuannya untuk dimanfaatkan orang Islam seluruhnya, bukan memberi manfaat kepada segelintir pihak untuk mengeksploitasi rakyat!
Lanh14.blogspot.com
Zurinah Hassan (penyair ini) said
Saya baca Siasah, tulisan tentang Bukit Siguntang. Saya selalu bertanya”Kalau benar padi menjadi emas di Bukit siguntang? siapakah yang telah mengambil emas-emas yang banyak itu?” Di masa rakyat Melayu terlalu sibuk dengan segala upacara untuk menabalkan raja dan bersedia untuk menjadi hamba yang taat setia, mereka telah lupa untuk menjadi kaya. Sudilah melihat seterusnya di zurinah hassan.blogspot
RICKEERS said
Haia cikgu fizas.Rickeers ni.jurulatih smk subis.kan cikgu yusof dan berpindah ke sekolah seni.terpakas lah saya mengajar mereka.tahun ni smk subis jadi tuan rumah untuk pertandingan tarian peringkat sekolah bahagian miri.kalau cikgu ada masa maksuk lah ke lama blog kelab kebudayaan smk subis.kumpulan baru.GONG TOK DESA.
gongtokdesa.wordpress.com