Kebenaran itu

pasti akan tertegak

syukur atas rezekiMU ya Allah

Posted by shinjeixi on July 27, 2009

assalamualaikum..

lama sudah blog ini tidak ditulis. tidak ada entry baru sejak dari majlis Walimatulurus 11.12.2008. hari yang sangat Bahagia dan penuh kesyukuran atas segala nikmat MU ya Allah. Bila di fikirkan beribu, berjuta kali seolah banyak perkara yang kita inginkan tetapi tidak tercapai. Rasanya seperti Allah swt tidak mendengar rintihan demi rintihan kita. ya..terasa sekali saat terpaksa berjauhan dengan suami selepas sahaja diijabkabul memang suatu yang memedihkan hati. tetapi manisnya sangat terasa jika saat itu kita sulami dengan perkataan SABAR.

1

4

5

suka untuk berkongsi rasa kerana bukan diri ini sahaja yang merasainya ramai lagi hamba Allah yang sentiasa dalam ujianNYA sehingga saat kematian tiba. tulisan ini untuk diri sentiasa mengingati saat-saat manis,pahit,sedih,gembira dan pelbagai lagi rasa supaya menjadi memori paling indah untuk anak-anak nanti. semoga anak-anak juga akan tabah dalam setiap ujian yang bakal tiba. sememanglah itu janji ALLAH yang pasti.

teringat suatu hari ’sms’ yang diterima dari seorang lagi insan yang amat istimewa IBU, supaya diri ini tenang, redha dan sabar sehingga ia sentiasa tersimpan dalam kotak inbox untuk peringatan kepada hamba Allah yang lain tatkala diuji perkara yang sama

~Adakalanya DIA memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana DIA tahu apa yang kita inginkan, adakalanya DIAmengambil semula tanpa memberitahu, kerana DIA lebih mengetahui yang terbaik untuk kita ~

PERPISAHAN ini hanya sementara. dalam kepahitan dan kesedihan ini rezekiMU ya Allah tetap melimpah ruah. semoga kami dapat bersama akhirnya nanti.

p/s : masih berjauhan dalam tahun 2009 ini sarawak dan perak. semoga kami berjaya mengharungi ujian ini bersama ya Allah. kepada suami tercinta : semoga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah dimana pun dan apa jua urusan..

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>