Kebenaran itu

pasti akan tertegak

smkSubis

laman ini akan memberi, menyampaikan, menjelaskan, dan merakamkan segala aktiviti yang telah berlaku di sekolah SMK SUBIS yang menjadi tempat kerja pertama selepas tamat praktikal ;

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Subis 2008

Alhamdulillah..majlis berlangsung dengan jayanya dengan sokongan dan kerjasama semua guru-guru sekolah majlis berjalan lancar. walaupun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki namun tetap juga banyak dipelajari untuk menjadi lebih baik pada tahun yang akan datang. Tahniah kepada yang berkhidmat.

semoga mendapat kerjasama lagi pada masa yang akan datang. insyaAllah. Tahniah kepada guru-guru yang mengajar dan tahniah kepada anak-anak murid yang berjaya.

copy-of-covermajlis21

Journey to SMK Lutong ( lawatan PENANDA ARAS )

Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong antara sekolah yang mendapat Anugerah SEKOLAH HARAPAN NEGARA. setibanya di sana memang amat mengagumkan. apa yang menarik ialah segala anugerah yang diterima boleh dipamerkan sepanjang bangunan sekolah. sangat memberi motivasi supaya sama-sama terus mengekalkan kecemerlangan. moto mereka  ialah “move ahead go beyond”

Wajah-wajah pendidik yang sentiasa bersedia melakukan perubahan demi anak bangsa

Perpustakaan yang tersusun rapi dan menarik minat pelajar untuk menggunakannya

masjid..menjadi tempat yang amat damai dan tenang

Sekolah dalam taman

Guru kau ibarat sebatang lilin…

Kami berikrar….

Bersama Tuan Pengetua Encik Mascos yang sememangnya sangat berwibawa mencorak anak buahnya untuk bekerja bersama-sama tanpa perlu ada agenda tersendiri..SMK Subis bagaimana?

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2008 | 9 oktober 2008 |

Majlis penerimaan Sumbangan duit raya pada 24 Ramadhan 1429H

diterima oleh pelajar muslim asrama

aiks! yang tak puasa penuh pun dapat duit raya !!!

Majlis Berbuka Puasa sempena Ihya Ramadhaan 2008

bertempat di Surau SMK Subis merangkap kelas untuk mata pelajaran Pendidikan Islam bermula dari jam 5.30 petang dengan bacaan Yassin untuk pelajar PMR dan SPM kemudian berbuka puasa solat dan makan di Dewan Makan. Dijemput kepada semua guru dan kakitangan muslim dan pelajar muslim arsrama. terima kasih kepada anak-anak murid yang bertungkus-lumus membasuh periuk dan mengemas surau selepas majlis. terima kasih semua kerana sedikit tenaga anda meringankan beban semua orang.

Sesi bergambar Majalah Sekolah antara gambar yang diambil

sedia !!! klik !!

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>